Sunday, April 25, 2010

Bab 1

“Duduk la. Hari ini abang belanja,”

Nurul Asyikin mengangguk. Terus duduk di kerusi yang dihulurkan oleh Irfan Hakimi. Dia tersenyum. Selalu memang lelaki itu yang mengeluarkan duit apabila mereka bertemu. Hendak harapkan gaji diri sendiri tidak mampu. Gaji sekadar kerja di kilang berapa sangat yang dapat.

“Wah…besar dan mewah hotel ni kan?Kalau la Ekin dapat pergi tempat macam ni selalu kan best ,”

Nurul Asyikin melilau.Begitu asyik melihat suasana susun atur dan rekaan hotel grand continental itu. Maklum saja Nurul Asyikin berasal dari keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika berpeluang ke tempat semewah itu, pasti teruja.

Keasyikannya itu diperhatikan dengan pandangan tajam oleh Irfan Hakimi. Dia ada agenda tersendiri dengan membawa Nurul Asyikin ke hotel itu. Dia tersenyum sinis sambil melihat hidangan yang terhidang diatas meja. Seleranya mati. Dia was-was juga dengan tindakannya. Namun nekad diri dan janji kepada kawan-kawannya harus dipenuhi.

“Abang….boleh Ekin bertanya,”

“Ekin nak tanya apa?.”

“Mimpi apa sehingga abang membawa Ekin ke hotel ni. Selalu kalau abang belanja Ekin pun, dekat kedai mamak je. Tapi hari ni, lain sangat. Ada yang istimewa ke hari ini?,”

“Tak ada la. Biasa saja. Abang berniat nak bawa Ekin ke sini. Tidak ada yang istimewa. Sudah la, makan cepat. Nanti kita pergi shopping,”

Shopping? Mana Ekin ada duit. Gaji pun belum dapat lagi,”

“Jangan risau, abang belanja,”

“Betul?,”

Irfan Hakimi mengganguk. Nurul Asyikin tersenyum puas. Hajatnya untuk membeli-belah akhirnya terlaksana juga, walaupun bukan dari duit poketnya sendiri. Asal dia dapat menikmati suasana itu sudah memadai.

Usai menjamu selera, mereka segera ke kaunter pendaftaran.

“Encik, saya nak tempat bilik. Masih ada kosong lagi?,”

“Bilik masih ada yang kosong. Encik nak bilik untuk sweet honeymoon atau encik nak yang biasa?,”

“Bagi yang bilik biasa saja. Kami belum kahwin lagi. Bilik untuk seorang saja,”

Wanita dibahagian kaunter memandang Irfan Hakimi dan Nurul Asyikin tanpa berkelip. Dengan pandangan sinis dan tajam ke arah Nurul Asyikin. Tidak percaya wanita bertudung litup seperti itu berani terang-terangan menempah hotel dan tinggal bersama bukan muhrim.

“Jangan cik salah sangka. Saya tempah untuk dua bilik, satu untuk saya dan satu lagi untuk dia,”

Irfan Hakimi menerangkan semula kepada wanita di kaunter itu memandangkan ada salah faham. Walaupun wanita itu tidak meluahkan apa yang terpendam, namun dari gerak geri dapat menilai tanggapannya.

Wanita itu tersengih. Mungkin malu. Dia segera membuat tempahan untuk Irfan Hakimi dan Nurul Asyikin. Usai mendaftar, Irfan Hakimi menyerahkan kunci bilik kepada Nurul Asyikin.

Nurul Asyikin dari tadi tidak ambil hal mengenai pendaftaran bilik, terkejut bila disuakan kunci kepadanya.

“Apa ni abang?Kunci apa ni,” dibelek-belak kunci yang diambil dari tangan Irfan Hakimi.

“Kunci bilik Ekin la. Kunci apa lagi,”Irfan Hakimi tersenyum.

“Bilik? Nak buat apa dengan bilik. Ekin nak balik selepas kita pergi shopping. Kan abang janji nak bawa Ekin shopping,”Nurul Asyikin cuba mengingatkan Irfan Hakimi. Mungkin dia lupa.

“Memang la kita pergi shopping. Tapi tak kan nak balik hari juga. Esok kita balik la. Abang penat lagi ni.Bolehkan?,”

Nurul Asyikin tidak memberikan jawapan. Dia tunduk memandang lantai. Memikirkan cara terbaik untuk mengelakkan dari dia tidur di hotel itu. Kalau tidak balik ke rumah malam ini, pasti mak marah. Kalau balik esok, lagi mak marah. Habis apa yang perlu aku buat?Buntu fikiran mencari jalan penyelesaian.Monolog Nurul Asyikin dalam hati.

“Ekin…abang tanya ni. Boleh ke?,”

“Abang…Ekin sebenarnya berat hati nak ikut cadangan abang ni. Tapi kalau difikirkan balik, Ekin rasa sempat kita sampai kat rumah sebelum isyak kalau kita bertolak sekarang. Tak perlu la kita pergi shopping. Lain kali pun boleh kita pergi kan.,”

Nurul Asyikin resah. Tiada jawapan dari Irfan Hakimi. Mungkin terasa hati. Niat untuk bertanya lagi terbantut dek sikap Irfan Hakimi yang membisu. Dia melajukan langkah mengejar langkah Irfan Hakimi yang meninggalkannya di lobi.

Irfan Hakimi resah. Perlukah dia meneruskan rancangannya?Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang dah rancang, biar sampai berjaya. Dia memulakan rancangannya.

“Aduh!Sakitnya perut,”

“Kenapa ni abang,”

“Abang sakit perut,”

“Sakit perut?Gastrik abang datang lagi ke?,”

“Agaknya la. Tolong bawa abang ke bilik abang. Abang nak rehat,”

Asalnya Nurul Asyikin keberatan. Namun dia tahu kalau sakit gastrik yang dihidapi oleh Irfan Hakimi datang, ia perlu diberikan rawatan segera. Dia memapah Irfan Hakimi sampai ke pintu bilik. Keberatan untuk masuk bersama-sama ke bilik itu. Tapi apabila melihat kerutan didahi Irfan Hakimi yang menahan sakit, terasa kasihan pula. Dipapah jua hingga ke katil. Dibaringkan tubuh Irfan Hakimi.

“Abang duduk dulu. Ekin panggilkan doctor ya,”

Belum sempat Nurul Asyikin pergi, tangannya dipegang oleh Irfan Hakimi. Dia terkejut.

“Tak perlu panggil doctor. Abang ada bawa ubatnya. Tolong ambilkan dalam saku jaket abang ni,”

Nurul Asyikin tersenyum. Dia telah menyangka buruk kepada Irfan Hakimi tadi. Dia menyeluk saku jaket. Dia tersenyum melihat dua biji ubat berwarna biru didalam botol kecil bersaiz 2 inci itu. Dia menuangkan segelas air sejuk dan memberikan kepada Ifran Hakimi bersama-sama dengan ubat tadi. Usai memberikan ubat kepada Irfan Hakimi, dia menyelimutkan badan Irfan dengan comforter.

Dia merenung ke arah Irfan Hakimi yang telah melelapkan mata. Rasa simpati pula kepada lelaki itu. Apa alasan yang perlu diberikan supaya mak tidak risau dan banyak soal memandangkan dia tidak boleh segera pulang. Dia ingin berlalu untuk ke biliknya, namun dia terkejut dek pelukkan dari belakang.

“Abang!Apa ni. Lepaskan,”

“Tak. Abang tak kan lepaskan,”

“Tadi abang tidurkan?Kenapa tiba-tiba bangun dan bertindak begini?Ekin kata..lepas…lepas,”

Nurul Asyikin meronta-ronta. Harap Irfan Hakimi tidak bertindak lebih buruk kepadanya.

“Abang tak kan lepaskan selagi abang tidak dapat apa yang abang nak,”

“Apa yang abang nak?,”

“Abang mahu Ekin. Abang nak Ekin menjadi milik abang sepenuhnya hari ini,”

Terkejut Nurul Asyikin mendengar penjelasan Irfan. “Tidak…tidak. Jangan harap,”

Benar apa kata hatinya sebentar tadi. Memang Irfan Hakimi berniat tidak baik terhadap dirinya. Namun dia menidakkannya. Mana mungkin kekasih hatinya akan berniat buruk padanya. Apatah lagi mereka mencintai antara satu sama lain.Namun semuanya dusta belaka. Cinta lelaki itu hanya cinta nafsu!

“Lepaskan Ekin…lepaskan!!tengking Nurul Asyikin kepada Irfan Hakimi.

Namun tengkingan itu tidak sedikit pun menakutkan Irfan Hakimi, malah semakin berani dia memeluk Nurul Asyikin.

“Abang tak kan lepaskan…selagi abang belum dapat apa yang abang nak!,”tengking Irfan Hakimi.

“Sampai hati abang buat Ekin macam ni. Apa salah Ekin pada abang?Kalau Ekin ada buat salah, abang maafkan lah. Tolong la abang, lepaskan Ekin. Ekin mohon, lepaskan Ekin. Nanti mak risaukan Ekin balik lambat,”semakin kendur suara Nurul Asyikin.

Mungkin dengan berlembut, Ifran Hakimi akan melepaskannya. Namun semakin dia merayu, semakin berani Irfan Hakimi mengasarinya. Irfan Hakimi menampar pipi Nurul Asyikin sehingga pengsan.

Tenaga seorang wanita mana mungkin dapat menandingi tenaga seorang lelaki. Malah pada lelaki yang telah dikuasai oleh hasutan syaitan dan nafsu serakah. Ditambah pula dengan pengaruh ubat peransang seks yang dimakan tadi. Semakin kuat tenaganya untuk menundukkan wanita yang lemah.

Akhirnya Nurul Asyikin tewas untuk mempertahankan maruahnya. Tewas ditangan lelaki durjana seperti Irfan Hakimi, indah diluar tapi buruk didalam hatinya.